Thursday, April 7, 2011

Diari Arnabi 8 (Lop Ear Rabbit)

Antara ARNAB yang digemari ramai adalah jenis Lop Ear. Memang cantik. Jenis ni memang terkenal dengan telinganya yang terjuntai ke bawah. ARNAB Lop Ear ni ada 5 jenis.

1. Mini Lops

2. English Lops

3. French Lops


4. Holland Lops

5. American Fuzzy Lops


Tapi aku nak tunjuk korang jenis Lop Ear yang kami ada sekarang. Amacam cantik tak?






Yang ni jenis Holland Lob. Tapi dah jadi Malaysia lop sebab dah dpt PR kat sini.Hoho. yang tu aku gurau jer.

~ Bersambung ~

Tuesday, April 5, 2011

Diari Arnabi 7 (Macam Mana Nak Kenal Jantina ARNAB)

Biasanya kalau nak kenal jantina ARNAB pada masa usianya 2 bulan ke bawah lagi agak susah. Selepas 2 atau 3 bulan baru boleh nampak.


Yang ni spesies jantan (buck)



Yang ni betina (doe)

Senang cakap kalau anu tu panjang adalah jantan. Yang pendek adalah betina. Teknik untuk mengetahui jantina ni penting supaya korang nanti kalau nak beli dan nak kembangkan pembiakan ARNAB. Takkan nak beli 2 ekor jantan dengan harapan ARNAB tu akan beranak pinak kan. Haha. Tapi macam aku cakap klu usianya masih budak2 susah sikit nak kenal pasti. So, kalau nak beli untuk buat baka beli la yang dewasa sikit.

~ Bersambung ~



Diari Arnabi 6 (Teknik Penjagaan ARNAB -sesuai terutamanya kepada yang beginner)

Untuk pengetahuan korang, teknik yang paling selamat untuk menjaga ARNAB adalah korang bagi jer makan pellet yang sedia ada di pasaran, nak jimat beli satu guni. Pellet ni tahan lama, yang paling baik setakat ni dikalangan pellet komersial (bukan yg mahal²-oxbow, dr rabbit dsb).
Gold Coin(Crude Protein 17-19%), FFM (CP 17%), Cargill (CP 16%) dan Bengy (CP 15%).

Pemberian Alfalfa Hay dapat membantu penghasilan susu banyak ketika ibu didalam tempoh menyusukan anak. Jangan pisahkan anak arnab kurang drp 6 minggu, sebaik-baiknya 8 minggu. Ini kerana anak ARNAB perlu penjagaan drp ibunya dalam tempoh tersebut, di mana di dalam usia tersebut anak ARNAB memerlukan nutrisi drp susu dan tahi ibunya.

Tahukah anda ARNAB berak dua kali? Tahi yang pertama (lembik/tidak keras) akan di makan semula dan kemudian di berakkan lagi sekali menjadi tahi keras yang di buang. Kandungan nutrisi di dalam tahi pertama (cecal) ini yang membantu sistem penghadaman anak ARNAB (yang masih di dalam pembikinan) menjadi sempurna sehingga umurnya cerai susu (6-8 minggu).

Kandungan bakteria baik daripada sistem pencernaan dan penghadaman ibunya juga di pindahkan ke dalam sistem anak ARNAB secara tidak langsung. Jadi, jika anak ARNAB yang anda beli drpkedai binatang cirit-birit, ini adalah akibat drp pemisahan anak ARNAB tidak pada usia yang sepatutnya.

..Rupa sebenar pellet..

~ Bersambung ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

COMMENT HERE