Saturday, April 30, 2011

Diari Arnabi 23 (Dari Hobi Jadi Sumber Pendapatan)

KOTA BHARU – Segala-galanya bermula dua tahun lalu bagi Mejar (B) Zaidi Ab. Halim, 39, setelah beliau membuat keputusan untuk bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menyedari beliau perlu melakukan sesuatu untuk menanggung keluarga, Zaidi mula mencari idea bekerja sendiri terutama melakukan sesuatu yang menjadi minatnya. Beliau tidak perlu berfikir panjang apabila mendapati hobinya selama ini membela arnab boleh dikomersialkan dan membawa pulangan lumayan jika kena pada caranya. Justeru jtu, berbekalkan modal RM10,000, Zaidi memulakan langkah awal dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada Persatuan Penternak Arnab di Kuala Selangor, Selangor.
Akhirnya, tarikh 15 Januari 2010 mencatatkan sejarah peribadi bapa kepada empat anak perempuan itu apabila ladang ternakan arnab dibina di depan rumahnya di Kampung Kemubu di sini.



Tahap kesihatan arnab yang diternak sentiasa diperiksa bagi mengelak jangkitan penyakit.

 
Lebih membanggakan, Zaidi kini merupakan satu-satunya penternak arnab untuk dikomersialkan di Kelantan.
Bermula dengan hanya 40 ekor arnab, bekas pegawai tentera itu kini boleh berpuas hati dengan usahanya apabila kini menternak lebih 500 ekor arnab untuk dijual kepada pelanggan. “Dulu masa saya bekerja memang bela arnab menjadi hobi saya. Sekurang-kurangnya saya ada empat atau lima ekor arnab tidak kira di negeri mana saya bekerja.

“Bila bersara awal dari ATM saya buat keputusan untuk menjadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan dengan modal yang ada ketika itu,” katanya ketika ditemui di ladang ternakannya yang terletak berhampiran Rumah Pam Kemubu di sini baru-baru ini. Selepas memulakan ladang ternak itu, Zaidi kini mempunyai seorang rakan baik, Rosaliamin Abd. Razak, 32, yang turut menceburkan diri dalam bidang yang sama.
Zaidi yang bersara pada 31 Ogos 2009 berkata, pada mulanya beliau bercadang menternak lembu dan kambing, namun tidak meneruskannya memandangkan bau najis haiwan itu boleh mengganggu memandangkan tapak ladang terletak di depan rumahnya.
 
Katanya, sehingga kini beliau memiliki hampir 500 ekor arnab di dua kandang dari baka cincila, hotort, dwaft, New Zealand white dan lion head. Dengan harga setiap seekor arnab antara RM80 hingga RM120 bergantung kepada jenis dan saiznya, Zaidi kini mula menuai hasil apabila pernah menjual sehingga kira-kira 100 ekor arnab dalam sebulan.

Beliau bagaimanapun masih belum dapat menjual daging haiwan tersebut yang sudah disembelih memandangkan ia memerlukan modal tambahan selain jumlah arnab yang ada tidak mencukupi.
“Menternak arnab memang sesuatu yang boleh dijadikan perniagaan kerana dalam tempoh empat bulan sahaja ia sudah boleh dijual dengan harga serendah RM80 ekor bagi induk yang berumur kira-kira dua bulan.
“Bagi yang berumur empat bulan ke atas ia dijual dengan harga RM150 seekor dan harga ini memang murah kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain,” jelasnya.

Menurut beliau, menternak arnab tidak terlalu sukar cuma perkara yang perlu diutamakan adalah kebersihan sangkar untuk mengelakkan haiwan itu dijangkiti penyakit. Katanya, setiap tiga hari sekali beliau akan membersih dan mengutip najis haiwan tersebut dan ia bukan soal kebersihan semata-mata kerana najis tersebut turut boleh dijual sebagai baja.

“Ada pengusaha ladang di Bachok yang akan datang setiap bulan untuk membeli najis haiwan ini dan saya jual dengan harga hanya RM3 seguni,” ujarnya. Zaidi amat berharap perusahaannya itu dapat ditingkatkan agar suatu hari nanti beliau mampu menjual daging segar arnab kerana permintaan memang ada terutama di kalangan penjual sate daging arnab. “Jual daging memang untung sebab harganya RM30 sekilogram tetapi sekurang-kurangnya sehari kena ada 500 ekor arnab yang boleh disembelih. “Sebab itu sekarang saya ada rakan-rakan yang turut menternak haiwan ini agar kami mempunyai jumlah yang cukup itu satu hari nanti.
‘‘Saya akan membuat permohonan dengan Jabatan Pertanian untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya.
Kepada sesiapa yang mahu membeli arnab boleh menghubungi Zaidi di talian 013-2497878 dan Rosaliamin 016-9377586.

Thursday, April 28, 2011

Diari Arnabi 22 (Sukan Antarabangsa Arnab Melompat)

SNOPPY melompat satu halangan di sebuah kelab Kaninhop di bandar Jena, jerman baru-baru ini.


JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian.
Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan.
"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen.
- Agensi

Wednesday, April 27, 2011

Diari Arnabi 21 (Mengenai Tahun Arnab)

Seperti yang kalian maklum tahun 2011 merupakan tahun arnab "Year of the Golden Rabbit". Arnab merupakan haiwan ke-4 mengikut zodiac Chinese.






Mengikut kepercayaan Bangsa Cina, arnab memberi maksud bertuah. Orang yang lahir dalam bulan ini sangat friendly. Mereka amat sesuai sebagai guru dan kaunselor. Mengikut tradisi cina lagi, tahun arnab adalah tahun untuk anda berehat. Jangan terlalu memaksa dalam sesuatu perkara kerana anda akan gagal. Jadi anda seharusnya lebih menfokuskan kepada rumah, keluarga, keselamatan dan hubungan diplomatik. Jadikan sasaran anda adalah keselamatan dan ketenangan.


Sifat-sifat seseorang yang lahir pada bulan ini adalah bersemangat, bijaksana, sensitif, tenang, memahami dan bergaya. Secara amnya mereka adalah pendiam, tidak agresif dan akan cuba mengelak pergaduhan seboleh-bolehnya. Jika marah, mereka akan atasi dengan tenang. Sangat mencintai seseorang. Sangat pantas bekerja.


Walaubagaimana pun ini adalah kepercayaan bangsa cina sahaja. Umat Islam wajib mempercayai pada rukun iman yang enam tu. Jangan nak menambah atau nak kurang. Post kali ini adalah sekadar perkongsian sahaja.

Tuesday, April 26, 2011

Diari arnabi 20 (Adakah arnab kitorg ini akan kembali cergas?)cirit birit

Semalam tibe2 sekor arnab cirit birit, cuak abg usop dibuatnye. So kepale terus ligat pk nak bg makan ape la arnab ni nk bg sihat..haih..1st, terus asingkan letak dalam kandang laen..letak alfafa hay n air bersih tp mmg xde respond ape pon..xnak mkn n minum..so terus ke langkah seterusnye

beli yakult, baking soda, garam, gula mmg dah ade (nak buat campuran ORS) ,cari daun pisang yg kering n muda(sebab xpasti) ade yg kate bg daun mude, ade yg kate bg daun kering..

bubuh yakult dlm sangkar die minum sikit je, bg makan daun pisang pon die mkn sikit je, tu pon kene bersuap..tp kire ok la sbb still nak makan

pastu abg usop syringe kan yakult n ORS tu dlm mulut dia pulak

tp lps xberape lame member terus ajak pegi veteriner sbb kitorg still xberani nak handle arnab sakit cirit birit ni. amatur la katekan

so bile doktor dah siap masukkan air kat arnab n bagitahu ubat ape yg nak kene bagi die kate tak jamin arnab boleh selamat sebab arnab yg kene diarrhea mmg selalunye berakhir ngan kematian kalau jage xbetul

die kasi 3 jenis ubat iaitu antibiotic, ubat pengeras feces, n vitamin n kene syringe dlm mulut die 2 kali sehari
antibiotic- 1.5ml 2 kali sehari
pengeras feces - 0.5 ml 2 kali sehari (sampai feces die dah keras, lepas tu stop, takut sembelit pulak)
vitamin-0.5ml 2 kali sehari
n also kene force feed arnab (campur pellet dgn air bg lembut n syringe dlm mulut die)

oren tu vitamin, tgh antibiotik, kanan pengeras feces

so bile balik rumah ikut lah ape yg doktor ckp die kate kene force feed arnab tp kitorg tak buat sebab arnab tu mkn daun pisang kering tu sikit2..tp lepas maghrib abg usop tgk die dah makan alfafa hay yg letak dlm sangkar..yeay

pastu pagi ni abg usop tgk diorg dah mkn pellet yg dibagi n taik die dah keras!!!! tp xpasti lg die boleh survive. antibiotic n vitamin n yakult still lagi bg ,daun pisang kering pon bg jugak beserta air ORS yg disyringe

so nak tunujuk pebelanjaan kitorg

Pegi vet n ubat - RM51.70
yakult- RM4
baking soda n garam RM2
daun pisang free- abg usop amik kat surau..haha
so semuanye RM57.70

harge arnab baru RM50..hahah

tp bile tgk arnab tu dah sihat sikit, makan alfafa hay n taik die dah keras mmg PRICELESS

Thursday, April 21, 2011

Diari Arnabi 19 (Piramid Makanan Untuk Arnab)

Sepertimana yang anda tahu, arnab ni agak cerewet dari segi penjagaan dan pemakannya. Kalau silap langkah boleh menyebabkan arnab anda sakit atau mati. So, aku just nak kongsi dengan korang kali ni tentang piramid makanan untuk arnab. So, korang boleh refer sebagai panduan dalam menjaga pemakanan arnab.

Kalau korang tak nampak sangat klik kat gambar tu untuk besarkan.


Piramid Makanan Arnab

Diari arnabi 18 (Arnab lionhead comel untuk dijual 22/4/2011)





Kitorg ade sekor arnab untuk dijual dr baka lion head..Same macam dalam gamba tu. Sape yg baek ngan abg usop leh nego harge ngan die..sape yg minat leh leave comment or sms nombor 0172493049..
baka - lionhead
umur - 3 bulan
jantina - buck
harga - RM 80 (NEGO)

Diari arnabi 17 (perkara korang kene tahu sebelum bela arnab)

Pelihara arnab akan jadi mudah kalau korang betul2 minat arnab, tahu asas penjagaan dan penyakit2 arnab..kat sini ada sikit perkara yg korg kene tahu sebelom korg decide untuk beli dan pelihara arnab yg abg usop dah bace kat blog2..korg sume pon boleh kongsi2 dgn abg usop

1. Usha2 dulu arnab jenis yg macam mane korg nak beli, takut nanti bile korg dah beli rase menyesal pulak. Pastu korg beli arnab lain n abaikan arnab lama yg mungkin dah tak comel bg korg..haha

2. beli arnab yg at least 6 MINGGU atau yg lagi baik 8 MINGGU untuk konfem die dah cerai susu ngan mak die..tp ingat ARNAB YG DAH START MAKAN PELLET X SEMESTINYA DAH CERAI SUSU DENGAN MAK DIE.

3. Arnab yg dibela selalunya bg makan pellet dan juga ALFAFA HAY. Alfafa hay bagus untuk elak hairball (bulu bergumpal).

4. Kalau bajet kurg, cari la rumput2 atau daun yg boleh dimakan arnab, potong dan KERINGKAN dulu sebelum bg arnab mkn (3,4 jam). Tp tumbuhan yg TINGGI KANDUNGAN AIR mcm kangkung, kiambang dll tak sesuai untuk arnab sbb kandungan air tinggi so arnab senang kene cirit birit.

5. Kalau boleh arnab bg minum AIR MASAK takpun air RO atau air hujan. Air paip banyak klorin. Lagi satu kalau arnab mcm boring ngan pellet cube buh garam sket pastu gaul (xpenah try lagi, juz ade bace)

6. Korang mesti pelik kenape arnab yg mak n ayah bela kat kampung rilek je bg makan n minum ape pon ok je. Korg kene ingat, arnab yg korg pelihara dari jenis hiasan dan mungkin dah dikacuk dengan byk jenis breed. So mungkin penjagaan akn jd sedikit rumit sebab arnab tersebut akan menjadi agak SENSITIF.

8. Sangkar kalau boleh jgn dibuat dari kayu, Kalau korg bela setakat 3,4 ekor elok lah beli je sangkar besi tu. Banyak yg murah. Sangkar kayu ni boleh menyebabkan PEMBIAKAN KUTU DAN HAMA yg akan menyebabkan arnab anda GATAL (bukan gatal mcm abang usop, gatal yg kene garu tu) dan pelbagai penyakit lain. Contoh penyakit dan contoh sangkar telah diterangkan dlm diari arnabi yg sebelum ni.

9. Kalau dr segi penyakit pn dah penah bincang dlm diari sebelom ni, juz nak tambah lagi. Kalau arnab yg ade cirit birit cube bagi DAUN PISANG yg dah layu, yg coklat tu, takpun YAKULT atau PUCUK JAMBU BATU n also air ORS seperti yg pernah dibincangkan. Kalau arnab xnak mkn kene tumbuk2 dulu kasi hancur pastu bg dekat arnab guna syringe.

10. Kalau kene jangkitan gatal n kurap tu boleh sapu dgn MINYAK GAMAT tp bg kite yg baru nak berjinak2 ni elok bawa jumpe vet dan die akan bg suntikan contoh mcm ivermectin. tp kalau nak sembelih arnab tu kene tunggu 48 hr sebab ksn ivermectin akan hlg lps 48 hari.

11. Kalau arnab anda duduk dlm sangkar dan bernafas dgn laju seperti MENGGELETAR, itu adalah perkara biasa kerana arnab anda sedang menurunkan suhu badan

12. Kalau arnab anda kencing warna kuning, oren susu, atau warna yg lai sikit kire ok sebab die singkir fosforus dlm pelet yg die mkn. Warna kencing yg bermasalah ialah hitam, ungu, hijau, biru dan merah.

13. Sangkar arnab kene selalu bersihkan JGN BIARKAN LEMBAB.

Tuesday, April 19, 2011

Diari Arnabi 16 (Penyediaan Kandang (Cage) Terbaik Untuk Arnab)

Penyediaan Cage atau kandang sangat penting untuk arnab. Ini bagi mengelakkan pembiakan hama, keselesaan arnab dll.

Kandang terbaik untuk arnab adalah daripada welded wire (jaring besi). Penggunaan jaring besi adalah lebih tahan lasak daripada cage berasaskan kayu. Cage berasaskan jaring besi dapat mengurangkan penyakit dan mudah untuk dibersihkan. Perkara paling penting dalam penyediaan kandang adalah sistem kebersihan kandang 'self-cleaning'. Biasa la kan. Nak bersihkan kandang bukannya senang. Ambil masa yang agak lama. Jadi sediakan kandang yang mempunyai sistem kebersihan yang baik.

Lantai

Lantai cage tidak boleh terlalu keras 'solid' dan tidak boleh menggunakan kayu yang lembut 'yang menyerap air'. Ini bagi mengelakkan kelembapan, najis yang melekat pada lantai dan kotoran. Secara kesimpulannya, jangan gunakan kayu dalam pembikinan kandang disebabkan ia menyerap air dan air kencing. Malahan arnab boleh mengerit kayu tersebut. Kalau nak gunakan kayu boleh tapi just untuk buat frame sahaja.

Bentuk / Design

Kebanyakannya adalah berbentuk segiempat 'conventional style', dan sesetengahnya bulat di atas 'quonset style'. Biasanya kandang perlu disokong oleh tiang / kaki di bahagian bawah kandang untuk meninggikannya. Struktur cage mestilah dapat melindungi arnab daripada matahari, angin dan hujan.
 
 
 
 
Pintu
 
Pintu boleh dibuat di bahagian atas atau tepi.
 

Contoh - contoh Cage  

 


 


 

 

 
 

Monday, April 18, 2011

Diari Arnabi 15 (French Lop Rabbit)

Arnab jenis French Lop dipercayai mula dipelihara di Perancis pada tahun 1853. Jenis ni dipercayai adalah hasil daripada kacukan antara English Lop, Normandy Giant dan Flemish Giant.


Arnab ini sangat popular di Jerman, Eropah, Itali, China dan US. French Lop mempunyai bentuk keunikan yang lucu sehingga menyebabkan ia turut digelar sebagai "the clown of the bunnies". Ia mempunyai struktur tulang yang terberat di kalangan spesis Lop Rabbit. Sangat berotot, tulang yang besar, berbulu panjang, telinga yang rapat ke kepala. Menjadi kegemaran ramai untuk membelanya sebagai "pet".

Jenis-jenis French Lop Rabbit

Ada 2 jenis:

1) solid or self colours = warna yang terang dan tidak pecah2.
2) broken colours (colours broken by white) = warna yang pecah2 oleh warna putih.

 Solid Colour

Broken Colour

Diari Arnabi 14 (Antara Gambar-gambar Terbaik Arnab)

Cuba korang tengok arnab-arnab kat bawah ni. Ni bukanlah arnab yang kami miliki tanpa yang kami minati dan akan miliki. Sila komen...

 Angel Rabbit


 Bluebell Rabbit

 Cinnamon Rabbit

Duke Rabbit 

Grace Rabbit 

Jill Rabbit 

Snowball Rabbit 

 Snowflake Rabbit

Wednesday, April 13, 2011

Diari Arnabi 13 (Rawatan Segera Untuk ARNAB Yang Cirit Birit)

ARNAB ni antara makhluk yang agak sensitif untuk dijaga. Kalau kambing senang. Lepas jer ke padang ragut. Antara masalah yang bahaya untuk arnab dan berkemungkinan besar akan menyebabkan kematian adalah cirit birit. Jangan pandang remeh pada penyakit ni. Mungkin kalau manusia paling teruk pon berguling-guling atas tilam sakit perut. Arnab lain beb.


Apakah Punca-punca Jangkitan Cirit Birit?


1. Arnab muda
Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.


2. Diet & Pemakanan
Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbihidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.


3. Pemberian Ubat Ubatan
Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.


4. Stress
Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.


5. Jangkitan
Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.


Apakah Simptom-Simptom/Tanda-Tanda Arnab Anda Mengalami Cirit-Birit?
  1. Najis yang lembik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
  2. Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
  3. tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
  4. pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
  5. arnab hilang upaya dan lemah
  6. jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku
Apakah Rawatan Segera Yang Perlu Dilakukan?
  1. Segera dapatkan rawatan daripada Veterinar.
  2. Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
  3. Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
  4. Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena najis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
  5. Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
  6. Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan ORS seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
  7. Berikan ORS kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
  8. Penyediaan ORS
    Penyediaan ORS
    • 1 cawan air bersih
    • 2 camca teh gula
    • 1/4 camca teh baking soda
    • secubit kecil garam
    Suapkan ORS kepada arnab anda dengan menggunakan syringe
  9. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.
  10. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  11. Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan
  12. Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral.
Bagaimanakah Cara Mnegelak Daripada Berlaku?


Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah;
  1. Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
  2. Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
  3. Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
  4. Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
  5. Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
  6. Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
  7. Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

Tuesday, April 12, 2011

Diari Arnabi 12 (Bahasa ARNAB)

Korang semua mesti ada anak kan. Kalau tak ada buat2 ada la yer. Walaupun anak anda masih belum bercakap tapi sebagai seorang ibu dan ayah pasti memahami kemahuan dan kehendak si kecil. Macam mana? Senang jer kan soalan ni. Tentulah sebab anak anda menangis dan sebagainya. Ini dipanggil bahasa baby.

Macam tu juga dengan ARNAB. Kadangkala mereka-mereka ini menunjukkan sifat dan pergerakan tertentu bertujuan untuk memberitahu yang mereka suka, marah, takut dll. Bagi penternak ARNAB, bahasa ARNAB sangat penting untuk difahami sebab kita kena tahu apa kehendak ARNAB ni. Jangan main ternak jer. Kat bawah ni saya kongsikan serba sedikit mengenai bahasa ARNAB.
  1. Mengerik gigi yang lembut – Bermakna ARNAB anda GEMBIRA (biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
  2. Bunyi nafas seperti berbisik – ARNAB anda GEMBIRA
  3. Menghentak kaki belakang – ia TAKUT, RASA TERANCAM, MARAH, dan mungkin juga TERLALU GEMBIRA. Biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar.
  4. Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan ARNAB anda SEDIA UNTUK MENYERANG, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja.
  5. Menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam KETAKUTAN yang teramat sangat atau KESAKITAN, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
  6. Honking (bunyi seperti angsa) - INGINKAN PERHATIAN atau MENYAMPAH dengan kehadiran anda.
  7. Mencium anda dengan perlahan - ia MENYAMBUT KEHADIRAN anda dan minta perhatian
  8. Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – TERLALU GEMBIRA
  9. Chinning (mengusap dagunya) – cara ARNAB MENANDAKAN HAKNYA, termasuk anda
  10. Menggerakan rahang seperti menguyah – dia sedang RELAX.
  11. Makan najis – jangan hairan ARNAB anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab MENGAMBIL NUTRIEN.
  12. Menaikkan punggung dan ekor – ARNAB mahu KENCING.
  13. Berlari mengelilingi anda – ia TERTARIK KEPADA ANDA, jika ARNAB anda bleum dikembiri, ini adalah cara ARNAB menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
  14. Menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba - MINTA PERHATIAN
  15. Cuba menyerang – dengan jelas dia TIDAK SUKA KEHADIRAN ANDA.
  16. Jika ia berlari kesana sini – ia MENIKMATI KEBEBASAN
  17. Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia INGINKAN PERHATIAN (jangan marah… gigitan ARNAB memang sakit. Tapi ARNAB tidak tahu)
  18. Jika ARNAB anda bergerak menjauhi anda – dia masih WAS-WAS dengan anda dan mungkin MERAJUK. Cuba usap dahi dan telinganya dan belai.
  19. ARNAB jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – MENANDAKAN DOMINASINYA .. anda adalah haknya
  20. Jika anda mempunyai sepasang ARNAB, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk MENGAWAN.
  21. Jika ARNAB anda terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah PERMULAAN PERGADUHAN… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera.
  22. Jika ARNABarnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia AKAN MELAHIRKAN ANAK. Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk MEMBUAT SARANG.
  23. Jika ARNAB anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. SAYA ADALAH KETUA…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
  24. ARNAB anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian ARNAB anda mungkin sedang SAKIT.
  25. Terbalikkan bekas makanan dan minuman – BERMAIN-MAIN (ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau PROTES tunjuk perasaan /MINTA PERHATIAN
  26. Perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi ARNAB yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang MENGGALI TANAH.
  27. ARNAB suka menjilat bulu ARNAB yang lain-tandanye mreka yang SENANG ANTARA SATU SAMA LAIN dan satu cara MEMBERSIHKAN BULU sesama mereka.
Sumber: http://lazzybunny.wordpress.com

Monday, April 11, 2011

Diari Arnabi 11 (Pencapaian Terbaik ARNAB Sepanjang Hidup Di Dunia)

Ini adalah fakta-fakta mengenai ARNAB dan pencapaian mereka sepanjang hidup dunia:


1. ARNAB tidak berpeluh




2. ARNAB mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga

3. ARNAB tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk





4. ARNAB mempunyai 28 batang gigi






5.Terdapat 43 jenis ARNAB yang diluluskan oleh ARBA

6. ARNAB mempunyai 18 jari kaki dan kuku - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan

7. Terdapat 5 warna mata yang di luluskan oleh ARBA – Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-Grey and Brown


8. Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope – kesemua mereka lahir pada Tahun ARNAB





9. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab , tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011

10. arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh

11. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang


12. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19 tahun pada masa ia mati

13. ARNAB terbesar adalah seberat 26 pounds




14. Jumlah anak yang dilahirkan oleh ARNAB paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor

15. Terdapat 150 jenis warna ARNAB - selamat mengumpul warna adik adik

16. ARNAB dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya

17. ARNAB tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya

18. ARNAB betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama


19. ARNAB hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila ARNAB merasa selamat untuk masuk ke dalam sarangnya.




Sunday, April 10, 2011

Diari Arnabi 10 (Perkara Pelik Mengenai ARNAB)

Pelik tapi benar. Itulah kekuasaan Allah S.W.T.

ARNAB ni dia akan berkumuh (berak) sebanyak dua kali. Tahi pertama yang keluar adalah berbentuk cecal. Tahi ni berbentuk cair dan bercantum-cantum. Selepas tahi pertama dihasilkan, arnab ni akan makan tahi cecal tesebut. Tahi ni mengandungi kandungan vitamin yang tinggi. Then, tahi kedua akan dihasilkan yang berbentuk fecal. Tahi ni lebih keras dan kering. Tidak bercantum-cantum.

Perbezaan Cecal dan Fecal

Lihat la gambar di bawah. ARNAB tu sedang makan tahi cecal..








Nyam2...Sedap weh

Thursday, April 7, 2011

Diari Arnabi 9 (Masalah Kurap Pada ARNAB)

Biasa la kan kalau menternak ARNAB ni.... Berak banyak dan kencing pon kerap. Hasilnya menyebabkan kelembapan dan kekotoran pada persekitaran kandang. Sekali gus menyumbang kepada pembiakan hama/ kutu dan seangkatan dengannya. Last2 si comel (ARNAB) garu sana sini. Biasanya ada 3 jenis perosak (kutu) pada ARNAB iaitu:

1. Kutu Telinga

2. Kutu Bulu













3. Kurap



Bila si comel dah gatal, mulalah nak menggaru dengan kuku dia. tapi korang jangan sesuka hati potong kuku dia sebab kukunya ada salur darah.


Rawatan

Korang cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih.
Kalau tak berkesan juga kene la bagi suntikan ivermectin iaitu 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Selepas suntikan korang akan dapati kerak-kerak pada bahagian tu akan tertanggal sendiri lama-kelamaan. Biasanya suntikan akan diberikan 3x dalam 14 hari.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

COMMENT HERE