Thursday, April 21, 2011

Diari arnabi 17 (perkara korang kene tahu sebelum bela arnab)

Pelihara arnab akan jadi mudah kalau korang betul2 minat arnab, tahu asas penjagaan dan penyakit2 arnab..kat sini ada sikit perkara yg korg kene tahu sebelom korg decide untuk beli dan pelihara arnab yg abg usop dah bace kat blog2..korg sume pon boleh kongsi2 dgn abg usop

1. Usha2 dulu arnab jenis yg macam mane korg nak beli, takut nanti bile korg dah beli rase menyesal pulak. Pastu korg beli arnab lain n abaikan arnab lama yg mungkin dah tak comel bg korg..haha

2. beli arnab yg at least 6 MINGGU atau yg lagi baik 8 MINGGU untuk konfem die dah cerai susu ngan mak die..tp ingat ARNAB YG DAH START MAKAN PELLET X SEMESTINYA DAH CERAI SUSU DENGAN MAK DIE.

3. Arnab yg dibela selalunya bg makan pellet dan juga ALFAFA HAY. Alfafa hay bagus untuk elak hairball (bulu bergumpal).

4. Kalau bajet kurg, cari la rumput2 atau daun yg boleh dimakan arnab, potong dan KERINGKAN dulu sebelum bg arnab mkn (3,4 jam). Tp tumbuhan yg TINGGI KANDUNGAN AIR mcm kangkung, kiambang dll tak sesuai untuk arnab sbb kandungan air tinggi so arnab senang kene cirit birit.

5. Kalau boleh arnab bg minum AIR MASAK takpun air RO atau air hujan. Air paip banyak klorin. Lagi satu kalau arnab mcm boring ngan pellet cube buh garam sket pastu gaul (xpenah try lagi, juz ade bace)

6. Korang mesti pelik kenape arnab yg mak n ayah bela kat kampung rilek je bg makan n minum ape pon ok je. Korg kene ingat, arnab yg korg pelihara dari jenis hiasan dan mungkin dah dikacuk dengan byk jenis breed. So mungkin penjagaan akn jd sedikit rumit sebab arnab tersebut akan menjadi agak SENSITIF.

8. Sangkar kalau boleh jgn dibuat dari kayu, Kalau korg bela setakat 3,4 ekor elok lah beli je sangkar besi tu. Banyak yg murah. Sangkar kayu ni boleh menyebabkan PEMBIAKAN KUTU DAN HAMA yg akan menyebabkan arnab anda GATAL (bukan gatal mcm abang usop, gatal yg kene garu tu) dan pelbagai penyakit lain. Contoh penyakit dan contoh sangkar telah diterangkan dlm diari arnabi yg sebelum ni.

9. Kalau dr segi penyakit pn dah penah bincang dlm diari sebelom ni, juz nak tambah lagi. Kalau arnab yg ade cirit birit cube bagi DAUN PISANG yg dah layu, yg coklat tu, takpun YAKULT atau PUCUK JAMBU BATU n also air ORS seperti yg pernah dibincangkan. Kalau arnab xnak mkn kene tumbuk2 dulu kasi hancur pastu bg dekat arnab guna syringe.

10. Kalau kene jangkitan gatal n kurap tu boleh sapu dgn MINYAK GAMAT tp bg kite yg baru nak berjinak2 ni elok bawa jumpe vet dan die akan bg suntikan contoh mcm ivermectin. tp kalau nak sembelih arnab tu kene tunggu 48 hr sebab ksn ivermectin akan hlg lps 48 hari.

11. Kalau arnab anda duduk dlm sangkar dan bernafas dgn laju seperti MENGGELETAR, itu adalah perkara biasa kerana arnab anda sedang menurunkan suhu badan

12. Kalau arnab anda kencing warna kuning, oren susu, atau warna yg lai sikit kire ok sebab die singkir fosforus dlm pelet yg die mkn. Warna kencing yg bermasalah ialah hitam, ungu, hijau, biru dan merah.

13. Sangkar arnab kene selalu bersihkan JGN BIARKAN LEMBAB.

11 comments:

Unknown said...

blog yg bgs....blh tak bg sedikit penerangan, sekiranya kencing arnab warna merah, apa masalahnya dan cara rawatannya...arnab diberi mkn pallet gold coin n rumput israel dua hari sekali, dilepas bebas dua sekali dlm masa 1 jam ke 2 jam jer....terima kasih

Unknown said...

Hahahaha..bende ne da ditulis tahun 2011 lagi..tapi aku dgn zaki ne baru bace 2018..btw mmg penuh dengan ilmu👍🏻

Coach Kenfly said...

Haha sy pun, nk tau mcm mohd zaki

GadesBueno said...

Allhmdulilah lega dengar bab menggeletar tu ..arnab saya hilang selera mkn dan minum ..mggeletar tak hnti ..isau je tgk dia dlm sangkar.. Nk nangis tgk ..tpi mujur ada blog ni bg penerangan hilang ase isau tu ..

Anonymous said...

Air kencing arnab bahaya mcm air kencing tikus tak?

Rabi'Atul'Adawiyah said...

Saya nak tnya. Arnab sy beli lebih kurang usia 2 bulan... Fisrt beli kuat mkn. Lepas seminggu . Dia kerap tidur. Kadang2 confius tidur ke sakit.. Makan pulak sikit..

Unknown said...

Cases of bloody urine in rabbits often turn out to be normal rabbit urine which is simply a deep red colour due to the extretion of plant pigments within the diet. True cases of blood in the urine (haematuria) are often due to stones/sludge within the urinary tract, cystitis, uterine adencarcinoma, polyps or abortion.

Just cpy

Unknown said...

nak tanya.jika arnab kencing darah kenapa ya?

Unknown said...

Saya nak tnya...arnab saya dah lbih 3 bulan saya beli....tpi saya pelik lama dah dia tak membiak...

Unknown said...

Nak tanya..jika arnab yang lama dah tak membiak kenapa ya?..

Unknown said...

Mungkin cara kawin tak betul ataupun betina tak cukup umur untuk kahwin..biasa betina lambat matang daripada jantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

COMMENT HERE