Tuesday, April 5, 2011

Diari Arnabi 6 (Teknik Penjagaan ARNAB -sesuai terutamanya kepada yang beginner)

Untuk pengetahuan korang, teknik yang paling selamat untuk menjaga ARNAB adalah korang bagi jer makan pellet yang sedia ada di pasaran, nak jimat beli satu guni. Pellet ni tahan lama, yang paling baik setakat ni dikalangan pellet komersial (bukan yg mahal²-oxbow, dr rabbit dsb).
Gold Coin(Crude Protein 17-19%), FFM (CP 17%), Cargill (CP 16%) dan Bengy (CP 15%).

Pemberian Alfalfa Hay dapat membantu penghasilan susu banyak ketika ibu didalam tempoh menyusukan anak. Jangan pisahkan anak arnab kurang drp 6 minggu, sebaik-baiknya 8 minggu. Ini kerana anak ARNAB perlu penjagaan drp ibunya dalam tempoh tersebut, di mana di dalam usia tersebut anak ARNAB memerlukan nutrisi drp susu dan tahi ibunya.

Tahukah anda ARNAB berak dua kali? Tahi yang pertama (lembik/tidak keras) akan di makan semula dan kemudian di berakkan lagi sekali menjadi tahi keras yang di buang. Kandungan nutrisi di dalam tahi pertama (cecal) ini yang membantu sistem penghadaman anak ARNAB (yang masih di dalam pembikinan) menjadi sempurna sehingga umurnya cerai susu (6-8 minggu).

Kandungan bakteria baik daripada sistem pencernaan dan penghadaman ibunya juga di pindahkan ke dalam sistem anak ARNAB secara tidak langsung. Jadi, jika anak ARNAB yang anda beli drpkedai binatang cirit-birit, ini adalah akibat drp pemisahan anak ARNAB tidak pada usia yang sepatutnya.

..Rupa sebenar pellet..

~ Bersambung ~

1 comment:

Anonymous said...

tu pellet ke..tu mcm bedding je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

COMMENT HERE