Monday, May 2, 2011

Diari Arnabi 24 (Bagaimana Arnab Mengawan)

Bagi yang baru nak berjinak dalam dunia penternakan arnab atau yang tak tahu macam mana nak kasi arnab anda mengawan, sebenarnya ada caranya. Arnab ni lain sikit caranya.xmacam kucing.

Mula-mula korang kena asingkan dulu jantan dan betina dalam sangkar yang berbeza. Tapi sebelah menyebelah supaya kedua-dua arnab ni dapat saling pandang memandang. Ini untuk merangsang arnab. Biasanya reaksi arnab jantan masa ni macam selalu mengintai betina. Gayanya seperti nak ke sangkar betina.Biarkan keadaaan ni dalam setengah jam.

Lepas tu masukkan yang betina dalam sangkar jantan. Jangan masukkan yang jantan dalam sangkar betina. Ni petua la. Sebabnyer betina ni jaga kawasan. So, takut arnab betina gaduh dengan jantan ni pula.

Biarkan diorang beraksi dalam sekitar 10-15 minit. Lepas selesai diorang mengawan terus asingkan balik. Sebab takut si jantan akan mencederakan si betina. Tarik-tarik bulu betina tu nanti. Then, korang tunggu la hasilnya selepas sebulan. . Kat sini aku masukkan juga rakaman video arnab yang aku kawankan diorang menggunakan teknik ni. Ternyata berkesan. Selamat mencuba...

Cara Arnab Mengawan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

COMMENT HERE